Syuhaila binti Abdul Latip merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Syariah (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa. Beliau kemudiannya menjadi Pelatih Dalam Kamar di Tetuan Hisham Sobri dan Tetuan Zulkifli Che Yong daripada tahun 2001 hingga 2002. Selepas daripada itu beliau menerima pentauliahan sebagai Peguam Syarie bagi Negeri Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan pada tahun 2002 dan diterima sebagai Peguambela dan Peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun yang sama.

Beliau dengan itu memulakan pengalaman sebagai Peguam apabila mengendalikan kes-kes litigasi, perbankan Islam dan konvensional, serta litigasi am meliputi pelbagai isu dan aspek terutama melibatkan individu dan syarikat daripada Mahkamah Majistret hingga ke peringkat Mahkamah Rayuan. Beliau juga berpengalaman menguruskan kontrak dan perjanjian komersil di antara individu, syarikat dan pihak berkuasa tempatan. Beliau juga berminat menumpukan kepada bidang kepeguaman syariah serta mengendalikan kes berkaitan perundangan keluarga Islam seperti perceraian, nafkah anak, harta sepencarian, hak penjagaan anak, injunksi ex-parte dan inter-parte, semakan kehakiman bermula di Mahkamah Rendah Syariah hingga kepada Mahkamah Rayuan Syariah.

Syuhaila mengorak langkah lebih jauh di dalam firma Abdul, Low & Partners dengan memberikan perubahan kepada pengalaman di bidang sivil dan syariah sebelum ini bagi memperkasakan dan meningkatkan bidang guaman dan membantu klien di dalam bidang sivil dan syariah. Beliau sangat aktif membantu ahli-ahli kawasan kejiranan dan persatuan sekolah yang berdekatan, menjadi Ahli Jawarankuasa Biro Akademik dan aktif sebelum ini sebagai pensyarah separuh masa di Unitar, OUM dan beberapa institusi pendidikan lain.