Nursahila binti Ayub merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian) dan Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam dan Guaman Syarie dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau selanjutnya menyambung pengajian di peringkat Sarjana Undang-undang di universiti yang sama pada tahun 2014.

Beliau kemudiannya menjadi Pelatih Dalam Kamar di Tetuan Azaine & Fakhrul bermula dari tahun 2014 dan sebagai Peguam Syarie bermula dari tahun 2015 sehingga Jun 2019 selepas menerima pentauliahan Peguam Syarie. Nursahila telah menerima pentauliahan Peguam Syarie di empat (4) buah negeri iaitu:-

  • Wilayah Persekutuan
  • Negeri Selangor
  • Negeri Perak
  • Negeri Sembilan

Dengan pengalaman selama empat (4) tahun sebagai Peguam Syarie, Nursahila telah mengendalikan pelbagai kes berkaitan permasalahan undang-undang Syariah di Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah serta Mahkamah Rayuan Syariah termasuk kes berkaitan hak-hak sebelum dan selepas perceraian seperti kes perceraian, hak jagaan anak, nafkah anak, harta sepencarian dan sebagainya serta kes jenayah Syariah.

Nursahila kemudiannya telah mengorak langkah dan menyertai Tetuan Abdul, Low & Partners pada Julai 2019 bagi melebarkan sayapnya dalam bidang perundangan Syariah. Selain berkhidmat sebagai Peguam Syarie, Nursahila juga aktif dalam aktiviti berpersatuan dan telah dilantik sebagai Bendahari Persatuan Peguam Syarie Malaysia (Wilayah Persekutuan) dari tahun 2017 sehingga kini. Nursahila juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan terlibat dengan persatuan Feeding The Needy dari tahun 2015 hingga kini.

  • Wanita Hari Ini TV3: Culas Nafkah ---25/11/2021---Klik Sini
  • TV3 Women Talk: Divorce: When Is It Necessary? ---21/05/2022---Klik Sini
  • Buletin FM: Sampai Bila Wanita Akan Jadi Objek Pukul Atau Dilanyak? ---02/11/2022---Klik Sini
  • Sofa Putih: Penceraian dan Keganasan Rumah Tangga ---20/01/2023---Klik Sini

Temujanji Media dan Lain-Lain