Sebagai firma guaman yang berpengalaman, kami memahami betapa pentingnya hak anak guam anda dalam menyelesaikan pertikaian yang berkaitan dengan tuntutan sivil/hutang. Kami berdedikasi untuk memberikan khidmat terbaik bagi menjaga kepentingan dan hak anak guam anda, sama ada untuk peribadi atau perniagaan mereka. Kami akan membantu menyelesaikan setiap pertikaian dengan cara yang beretika, profesional dan mengutamakan kepuasan dan kepentingan pelanggan kami. Kami juga akan membantu memastikan bahawa anda memahami sepenuhnya proses undang-undang yang terlibat dalam tuntutan sivil/hutang agar anda dapat membuat keputusan yang bijak..

Peguam kami mahir dalam proses tuntutan hutang menggunakan kepakaran undang-undang mereka untuk menilai setiap kes dan menentukan tindakan yang paling sesuai. Ini mungkin melibatkan perundingan pelan pembayaran, penghantaran surat tuntutan, ataupun tindakan undang-undang melalui mahkamah.

Menggunakan perkhidmatan guaman untuk tuntutan hutang mempunyai pelbagai kelebihan, salah satunya membolehkan peguam untuk memohon untuk penguatkuasaan perintah mahkamah bagi memastikan hutang dibayar.Ini bermakna jika penghutang enggan membayar, peguam boleh mengambil tindakan undang-undang untuk merampas aset, membekukan aset-aset penghutang, atau mengambil langkah lain untuk mendapatkan semula hutang.

Pasukan kami pakar dalam mengendalikan kesemua bentuk tuntutan hutang/ tuntutan sivil yang melibatkan:-

1. Pinjaman wang.

2. Pembekalan barangan.

3. Pembekalan perkhidmatan.

4. Perlanggaran perjanjian.

5. Pertikaian hubungan kontrak.

6. Bayaran sewa beli.

7. Pembangunan dan pembinaan.

8. Tunggakan sewaan.

Pertanyaan? Sila Hubungi Peguam Kami

Send Us Inquiries/ Message/ Feedback :
 

Bindangkuasa Mahkamah Sivil

Tuntutan Sivil/Hutang1
Kebankrapan & Likuidasi Syarikat2
Perjanjian Jual /Beli / Pinjaman3
Komersial/ Korporat4
Rayuan Sivil5
Lain-Lain6

Bidangkuasa Mahkamah Syariah

Perceraian & Perkahwinan1
Wasiat, Faraid & Harta Pusaka2
Jenayah Syariah3
Rayuan Syariah4
Lain-Lain 5

Service details

Categories: