Abdul, Low & Partners adalah firma guaman yang menawarkan perkhidmatan perundangan, sokongan serta penyelesaian permasalahan undang-undang Syariah (Mal & Jenayah) dan Sivil. Kami sentiasa berusaha membantu pelanggan kami dan menyediakan penyelesaian undang-undang yang khusus untuk keperluan peribadi mereka.

Kami memahami permasalahan anda dan kami sangat komited untuk bersama anda bermula dari awal prosiding sehingga ke akhir bagi membantu anda menyelesaikan permasalahan tersebut.  Pasukan kami juga terdiri dari barisan peguam yang berpengalaman lebih 17 tahun dalam bidang perundangan Syariah dan Sivil, cekap serta berkemampuan tinggi untuk membantu anda di setiap peringkat proses perundangan.

Matlamat asas kami adalah untuk menambah nilai kepada pelanggan kami dengan menyediakan penyelesaian undang-undang yang cepat, efektif serta khusus bagi setiap permasalahan pelanggan kami.

Kami juga ingin membina hubungan kerja professional yang berpanjangan dengan pelanggan kami bagi memastikan setiap pelanggan kami berasa terjamin dan yakin dengan perkhidmatan kami.

Selain dari mempunyai kepakaran dalam perundangan Syariah, kami turut mempunyai Peguam yang berpengalaman luas dalam undang-undang Sivil dan ia adalah kelebihan bagi kami kerana kami melihat setiap permasalahan undang-undang anda secara holistik dari sudut perundangan Syariah dan Sivil.