Muhammad Izhar bin Mohd Salehuddin telah tamat pengajiannya dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 2012. Setelah melengkapkan latihan dalam kamar di Tetuan Khairul A & Co, Wangsa Maju Kuala Lumpur, beliau telah diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara pada 2013.

Beliau memulakan kariernya sebagai pembantu peguam di firma guaman Tetuan Rashid Tasin & Co. Kemudian beliau beramal sebagai peguambela & peguamcara di Tetuan Boestamam Ahmad & Co pada 2013 sehingga 2014 sebelum menubuhkan firma guamannya, The Chambers of Muhammad Izhar di Shah Alam, Selangor.

Beliau kemudiannya telah menyambung pengajian bagi jurusan Diploma Lepasan Ijazah Syariah dan Amalan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan tamat pengajian pada tahun 2014.

Beliau kemudiannya ditauliahkan sebagai peguam syarie di Wilayah-Wilayah Persekutuan pada 2015 dan seterusnya ditauliahkan sebagai peguam syarie di negeri Selangor dan Perak pada 2016. Terkini beliau telah ditauliahkan sebagai peguam syarie di Negeri Sembilan Darul Khusus pada 2022.

Sepanjang beramal sebagai peguam sivil & syariah, beliau telah menimba dan memperolehi pelbagai pengalaman sepanjang kerjanya sebagai peguam memandangkan beliau menyelia dan mengendalikan kes-kes jenayah, sivil dan syariah di peringkat Mahkamah Majistret sehingga Mahkamah Persekutuan serta Mahkamah Rendah Syariah sehingga ke Mahkamah Rayuan Syariah. Antara kes-kes yang pernah dikendalikan adalah membabitkan kes jenayah seksual, kes sivil berkenaan pinjaman membabitkan penjawat awam serta kes syariah membabitkan pengesahan hibah untuk hartanah-hartanah di dalam anggaran yang melebihi Ringgit Malaysia Satu Juta Ringgit. Beliau juga mempunyai kes-kes yang direkodkan di dalam alasan penghakiman di Mahkamah Syariah melalui kes-kes yang telah dikendalikan oleh beliau, antaranya membabitkan hak jagaan anak, permohonan pengesahan hibah, tuntutan harta sepencarian. Terdapat juga beberapa kes yang dikendalikan olehnya yang boleh dirujuk di dalam Jurnal Undang-Undang iaitu kes-kes berikut:

  1. Pendakwa Raya lwn Muhamad Nur Azrul bin Mat Zin dan Lain-Lain [2018] MLJU 960
  2. Samsudin bin Mohamad Fauzi lwn Yayasan Ihsan Rakyat [2020] MLJU 2567
  3. Stabilised Pavements (M) Sdn Bhd v PLB Terang Sdn Bhd [2022] MLJU 1845

Beliau juga menimba pengalaman melalui pengendalian kes-kes jenayah melalui lantikan oleh Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaaan (YBGK) serta kes-kes syariah menerusi lantikan oleh Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dimana beliau tersenarai sebagai salah seorang peguam panel bagi kedua-dua unit tersebut sehingga kini.

Melalui tempoh beramal sebagai peguambela & peguamcara serta peguam syarie, beliau telah beberapa kali dijemput untuk menulis artikel dan temuramah di radio seperti berikut:

  • Penulis di ruangan CAKNA UTUSAN MALAYSIA di bawah slot Concerned Lawyers for Justice (CLJ) (Tajuk penulisan “Undang-Undang Alam Sekitar”, Naturalisasi sukan dari sudut undang-undang”, “Risiko gagal mendaftarkan perkahwinan”, Hak-hak wanita Islam di dalam perkahwinan” & “Undang-Undang kahwin bawah umur”
  • Tetamu untuk Slot Radio “Tanyalah Peguam” di IKIM FM dibawah anjuran Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) (Tajuk diskusi : “Pinjaman Wang Berlesen”, “Hak-Hak Pembelaan”, “Proses tahanan reman & jaminan”, “Faraid, surat kuasa mentadbir & hibah”, Hak-hak selepas penamatan kerja”

Selain itu, beliau juga aktif menyertai aktiviti dengan Majlis Peguam dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangordengan menyertai aktiviti berikut:

  • Ahli Jawatankuasa (Syariah & Bahasa Melayu) Jawatankuasa Peguam Selangor (Selangor Bar) dari Mac 2013 sehingga kini.
  • Ahli Jawatankuasa (Syariah & Bahasa Melayu) Majlis Peguam (Bar Council) dari Jun 2016 sehingga 2019.
  • Ahli Jawatankuasa (Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor) bagi pindaan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 bagi penetapan kaedah-kaedah wakalah peguam syarie bermula 2017-2021
  • Ahli Jawatankuasa (Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor) bagi pindaan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 bagi penetapan kaedah pendengaran kes secara teknologi maklumat serta pemfailan elektronik (e-filing) bermula 2022-kini

Beliau juga pernah dijemput untuk memberikan ceramah undang-undang di Jawatankuasa Peguam Selangor untuk tajuk Hak-Hak Wanita Selepas Perceraian” yang telah dilangsungkan pada 3hb Oktober 2019 dan tajuk “Jenis-Jenis Perceraian” yang telah dilangsungkan pada 31hb Oktober 2019.

Sebagai seorang peguam, beliau percaya bahawa di dalam undang-undang semua pihak adalah berhak untuk dibela dan setiap penyelesaian itu ada jalan penyelesaiannya, dan sebagai peguam adalah menjadi tugasnya untuk menyelesaikan permasalahan atau isu berbangkit oleh anakguam. Beliau percaya kerja keras dan kesabaran akan memberikan sinar pada penyelesaian kepada anakguam.