Muhammad Ijlal Bin Mohd Naim adalah merupakan seorang Peguamcara dan Peguambela yang telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi Malaya sejak tahun 2016. Beliau mempunyai kepakaran dalam amalan guaman litigasi yang mana beliau telah mewakili anak guamnya di Mahkamah Tinggi Malaya di dalam kesemua peringkat Mahkamah dari Mahkamah Majistret sehingga ke Mahkamah Persekutuan. Beliau juga melakukan khidmat nasihat dan guaman secara komprehensif kepada syarikat korporat dari masa ke semasa mengikut keperluan anakguamnya.

Sebagai seorang peguam beliau adalah seorang yang dipercayai oleh anakguamnya dalam menyelesaikan segala permasalahan undang – undang yang dihadapi anakguamnya dan mempunyai nilai empati yang tinggi dalam memahami permasalahan undang – undang anakguamnya. Beliau dikenali sebagai seorang peguam mempunyai kefahaman keperluan peribadi dan komersial yang tinggi dan sering memberikan khidmat guaman yang mementingkan keperluan dan kepentingan anakguamnya dalam apa jua keadaan. Selanjutnya, beliau juga dikenali sebagai seorang yang pakar dalam merangka strategi perundangan bagi memastikan penyelesaian permasalahan terbaik dicapai bagi anakguamnya.

Selanjutnya, sepanjang amalan guamannya beliau telah mengendalikan kes – kes yang melibatkan isu undang – undang yang kompleks terutamanya bagi isu – isu undang – undang berkenaan dengan perkara komersial, pembinaan, pelaburan, korporat, penyewaan hartanah, hutang – hutang dan lain lain lagi. Antara kes – kes guaman utama yang pernah dikendalikan oleh beliau adalah seperti berikut:-

  • Berjaya mewakili anakguam di dalam pertikaian undang – undang berkenaan dengan kes pelaburan berasaskan komoditi dan komersial di dalam prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang mana jumlah tuntutan adalah sebanyak RM8,962,361.00
  • Berjaya mewakili pelbagai anakguam termasuk syarikat multinasional dan syarikat berkait dengan kerajaan (Government linked companies) dan di dalam pertikaian pembinaan di pelbagai peringkat Mahkamah dari peringkat Mahkamah Majistret sehingga Mahkamah Rayuan.
  • Mewakili syarikat berkait dengan kerajaan (Government linked companies) bagi tindakan – tindakan penyewaan hartanah di pelbagai peringkat Mahkamah dari peringkat Mahkamah Majistret sehingga Mahkamah Rayuan.
  • Bertindak dan berjaya dalam membela sebuah institusi kewangan berkenaan dengan isu – isu kompleks perundangan yang melibatkan isu perundangan seperti pelaburan, kecuaian professional, dan kontraktual yang mana jumlah keseluruhan tuntutan adalah sebanyak RM220,000,000.00
  • Mewakili anakguam di dalam pelagai tuntutan adjudikasi di menurut Construction Industry Payment and Adjudication Act (CIPAA) 2012.
  • Mewakili pelbagai anakguam bagi tuntutan skim penipuan dan konspirasi yang melibatkan tokoh negarawan di Mahkamah Tinggi yang mana jumlah tuntutan adalah sebanyak RM6,541.,312.80;
  • Mewakili anakguam terutamanya institusi kewangan di dalam pelbagai prosiding menurut Dangerous Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988.