Nur Hidayah Binti Mat telah menamatkan pengajian dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 2015, dengan mendapatkan ijazah LL.B (Hons) dan BLS (Hons). Beliau kemudian telah melanjutkan pengajian di institusi yang sama dan memperoleh ijazah sarjana dalam Bidang Undang-Undang Maritim.

Sepanjang kerjayanya, Nur Hidayah telah mengumpulkan pengalaman dalam pelbagai bidang undang-undang. Beliau memulakan perjalanan kerjanya sebagai peguam litigasi dan hartanah. Kemudian, beliau telah menyertai Mu'az Aiman Halem Auzan & & Associates sebagai Peguam dan kemudiannya menjadi salah seorang Peguam Kanan di Abdul, Low & Partners. Di sini, pengkhususan beliau di dalam bidang Korporat Komersial dan Kewangan Islam.

Dalam bidang korporat dan komersial, Nur Hidayah memberikan perkhidmatan yang berharga kepada pelbagai pelanggan. Bidang-bidang yang beliau terlibat termasuk sekuriti hutang swasta, perjanjian pembiayaan bagi pembiayaan berstruktur dan pembiayaan projek, urusan hartanah, penggabungan dan pengambilalihan syarikat, tadbir urus korporat, urusan pra-saham terbitan awal (Pre-IPO), dan penyelidikan tadbir urus. Beliau telah menjalankan proses analisa menyeluruh (due diligence) untuk pelbagai entiti, termasuk syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan (“NGO”), dan Yayasan Negeri. Selain itu, beliau memainkan peranan penting dalam aktiviti pengumpulan dana melalui Pemegangan Saham Keutamaan Boleh Ditebus, Pendanaan Rakan Equity (Equity Crowdfunding), dan Platform Pembiayaan Antara Rakan Sebaya (Peer-Peer-P2P Financing).

TRANSAKSI PENTING

  • Projek Pengumpulan Dana melalui Islamic Redeemable Preference Shareholders (i-RPS):
    Membantu dan membimbing syarikat dalam penyediaan perjanjian guaman bagi pengumpulan dana untuk Syarikat Awam Tidak Tersenarai (UPC) iaitu Syarikat Advance Digital Venture Berhad dan Syarikat Trillion Cove Holdings Berhad melalui penerbitan Pemegangan Saham Keutamaan Boleh Ditebus Islamic (i-RPS). Jumlah penawaran bagi projek ini berjumlah sehingga Dua Bilion Ringgit Malaysia (RM 2 Bil).
  • Penelitian Undang-Undang (Legal Due Diligence) dan Pemeriksaan Tadbir Urus Korporat:
    1. Melakukan penelitian undang-undang (Legal Due Diligence) dan pemeriksaan tadbir urus korporat terhadap Yayasan Wilayah Persekutuan.
    2. Melakukan penelitian undang-undang dan pemeriksaan tadbir urus korporat terhadap MARDI Group dan lima anak syarikatnya, iaitu MARDI Corporation Sdn Bhd, MARDI MAEPS Sdn Bhd, MARDI Consultancy Sdn Bhd, MARDI Ventures Sdn Bhd dan MScape Management Sdn Bhd.
  • Latihan Tadbir Urus Korporat dan Peguam kepada Islamic Relief (Malaysia) (Retainer Solicitor):
    Menjadi peguam kepada Islamic Relief (Malaysia), sebuah agensi kemanusiaan dan pembangunan yang juga merupakan ahli kepada Islamic Relief Worldwide (“IRW”) yang berusaha untuk menyokong dan memperkasakan golongan yang paling terpinggir di dunia.
  • Perjanjian Kerjasama dan Perjanjian Pembukaan Francais antara Laundrybar Turkiye dan City Coin Technology Berhad (Laundrybar Malaysia)
    Terlibat di dalam rundingan dan membuat Perjanjian Kerjasama dan Perjanjian Pembukaan Francais antara Laundrybar Turkiye dan City Coin Technology Berhad (Laundrybar Malaysia).
  • Pengambilalihan Fluenta Asia Pacific Sdn Bhd oleh Fluenta AS:
    Menguruskan proses pengambilalihan di mana Fluenta AS, sebuah syarikat Norway, mengambil alih seratus peratus (100%) saham Specs Asia Pacific Sdn Bhd (kini dikenali sebagai Fluenta Asia Pacific Sdn Bhd).
  • Peguam untuk TDC Holdings Sdn Bhd (Retainer Solicitor):
    Bertindak sebagai peguam retainer untuk TDC Holdings Sdn Bhd, mengendalikan tugas-tugas undang-undang yang penting seperti berikut:
    1. Menguruskan latihan Perjanjian Bekalan Barang. Ini termasuklah berinteraksi dengan Orgabio Holdings Berhad, bernilai lebih dari Dua Juta Ringgit Malaysia (RM 2 Juta), dan Altiparmark Gida San V.E, pembekal madu terbesar di Turkiye, bernilai Dua Ratus Ribu Dolar Amerika Syarikat (USD 200,000.00); dan
    2. Memberi nasihat perundangan dalam pengembangan perniagaan TDC ke Labuan, Singapura, dan Indonesia.

Selain itu, beliau juga mempunyai pengalaman di dalam struktur transaksi berdasarkan prinsip-prinsip dan konsep Shariah seperti Murabahah, Mudharabah, Musharakah, Tawarruq, Ijarah, Istisna', dan Wakalah. Pengalamannya meliputi membantu pembangunan produk Islam, modal teroka (Venture Capital), dan pembiayaan ekuiti swasta. Beliau memberi kepentingan yang besar kepada penderafan kontrak yang teliti untuk melindungi kepentingan pelanggan dan mengelakkan kerugian yang mungkin timbul di masa hadapan.

Secara keseluruhannya, Nur Hidayah mempunyai kemahiran yang komprehensif, rekod prestasi yang cemerlang dengan pelanggan, dan komitmen yang teguh terhadap kerja yang teliti. Dengan pengalaman yang luas dalam urusan korporat komersial dan kewangan Islam, beliau secara konsisten memberikan hasil yang luar biasa dan service yang berharga kepada pelanggan.