Rosmaza Binti Mohamad Tajudin merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dari Universiti Malaya bagi tahun 2013. Beliau selanjutnya menyambung pengajian bagi jurusan Diploma Lepasan Ijazah Syariah Dan Amalan Dari Universiti Teknologi Mara pada tahun 2019.

Beliau kemudianya menjadi Pelatih Dalam Kamar pada tahun 2014 dan beramal sebagai Peguam Syarie bermula sejak tahun 2015 sehingga kini. Rosmaza kini aktif sebagai Peguam Syarie dan telah menerima pentauliahan Peguam Syarie di empat (4) buah negeri iaitu:-

*Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
*Negeri Sembilan
*Negeri Kedah
*Negeri Pulau Pinang

Berbekalkan pengalaman selama enam tahun (6) sebagai Peguam Syarie, Rosmaza telah mengendalikan pelbagai kes berkaitan permasalahan Undang-undang Syariah amnya dan Undang-undang Keluarga Islam khasnya termasuklah kes-kes berkaitan hak-hak sebelum dan selepas perceraian, hak jagaan anak, nafkah anak, harta sepencarian, mutaah dan sebagainya.

Rosmaza juga berpengalaman mengendalikan kes-kes berkaitan harta seperti faraid (harta pusaka), hibah, dan wasiat serta menyediakan dokumen Hibah dan Wasiat.

Selain itu, Rosmaza juga pernah mengendalikan kes-kes berprofil tinggi bagi orang kenamaan berpangkat Datin seperti tuntutan harta pusaka melebihi dua juta dan juga tuntutan harta sepencarian menghampiri satu juta.

Rosmaza kemudiannya menyertai Abdul, Low & Partners melalui gabungan bersama dengan Tetuan Rosmaza Associates bermula pada Februari tahun 2022 sehingga kini.